Thursday 22 March 2012

Tangga Rumah Melayu Tradisional Melaka



Untuk pengetahuan anda, tangga rumah tradisional Melaka sememangnya terkenal dengan ciri - ciri binaannya yang diperbuat daripada batuan konkrit. Struktur tangga rumah tradisional Melaka ini bercirikan senibina dari Negara China dengan dihiasi oleh jubin - jubin yang berwarna - warni yang telah diimport dari Eropah seperti Holland dan Jepun. 
Penggunaan jubin - jubin yang berwarna - warni ini menampakkan pertembungan budaya Melayu, China dan Eropah. Oleh kerana itu, ciri - ciri inilah yang menjadi suatu identiti utama senibina Rumah Melayu Melaka. Pelbagai variasi tangga yang wujud dalam senibina ini dengan sentuhan tukang - tukang rumah yang mahir pada zaman tradisi. Tangga juga melambangkan status penghuninya pada suatu masa dahulu.















Lokasi Strategik Penarik Utama Pengunjung

Selain daripada tarikan utama yang terdapat di rumah warisan ariffin ali ini, ia juga mempunyai lokasi yang strategik di mana rumah tersebut terletak berdekatan dengan bandar raya melaka bersejarah. ini  juga dapat memudahkan para pelancong untuk berkunjung ke rumah ini kerana rumah warisan ariffin ali ini  terletak bersebelahan dengan jalan utama untuk menuju ke bandar melaka.




Jalan yang berlabel huruf A merupakan Melaka Sentral dan label huruf B adalah merupakan jalan untuk ke Rumah Traditional Melaka, Lorong Haji Ariffin Ali yang beralamat 4026-C Jalan Bukit Palah. 75150 Melaka.

Jadi kawasan ini akan menyenangkan lagi para pelancong untuk melawat ke Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah tanpa perlu rasa takut untuk sesat.

Rumah Melayu Melaka









Seperti yang kita tahu, reka bentuk rumah Melayu Melaka sememangnya unik dan mempunyai nilai identitinya yang tersendiri. Falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam yang jelas utuh terpancar dalam asas setiap pembinaan rumah ini. 

Fungsi ruang, nilai estetika pada ciri binaan dan motif ukiran adalah perlambangan cerminan jati diri masyarakat Melayu tradisi yang mementingkan kerja tangan yang halus dan teliti. 

Sebagai lambang sejarah dan warisan Negeri Melaka, rumah - rumah warisan Melaka masih dipelihara dengan baik hasil usaha banyak pihak terutamanya Kerajaan Negeri Melaka, PERZIM. Hasil tinggalan sejarah ini perlu dilestarikan agar tidak dipinggirkan dengan ledakan senibina moden yang lebih bersifat material dan futuristik.










Monday 27 February 2012

Keistimewaan Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah



Setiap rumah mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah. Hal ini kerana terdapat beberapa khazanah-khazanah menarik yang mampu menarik pelancong untuk berkunjung  ke rumah ini. Selain itu, Rumah Warisan Ariffin Ali juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai 'Muzium Rumah Tradisional Melayu Melaka' dan  dipelihara oleh PERZIM.






Monday 13 February 2012

Seni Rumah Melayu Melaka menjadi tarikan pelancong

Melaka memang terkenal dengan seni bina rumah tradisional Melayunya. Ciri utama rumah tradisional Melayu Melaka ialah reka bentuk tangga batu yang indah, dihiasi jubin, dan memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.

Bentuk bumbungnya yang panjang juga memperlihatkan pengaruh seni bina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau. 






Oleh itu, tidak hairanlah rumah tradisional Melayu Melaka adalah antara yang harus dilawati pelancong sekiranya berkunjung ke Melaka. 

Dasar kerajaan negeri yang inginkan rumah-rumah tradisional Melayu dipelihara sebagai tarikan pelancong telah menggalakkan banyak rumah lama di negeri ini dikekalkan. Selepas persetujuan Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam, rumah itu dibaik pulih oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). 





Hasilnya kini, rumah itu boleh dianggap sebagai 'Muzium Rumah Tradisional Melayu Melaka'.

Rumah sebelah milik Ariffin Ali, 71, juga tidak kurang hebatnya. Terdapat Gong yang menghiasi halaman rumah menyambut kedatangan pelawat.




Pemilik rumah ini pasti berbangga kerana rumahnya itu pernah dilawati oleh rombongan pemimpin - pemimpin kerajaan semasa Mesyuarat Ketua - Ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1989. 

Menurut bapa kepada 10 orang anak itu, reka bentuk rumah itu dikekalkan supaya ia dapat ditatapi oleh generasi pada zaman akan datang. 

Hiasan dalamannya yang sederhana tidak berlebih - lebihan pasti tidak akan merimaskan pengunjung yang menjejakkan kaki ke rumah ini. Bagi pemilik rumah ini berpendapat sudah tidak ada apa yang ditinggalkan untuk tatapan anak cucunya kecuali keindahan seni bina rumah tradisional Melayu Melaka.

Sunday 12 February 2012

Aktiviti wajib khas untuk pelancong

Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah akan menjalankan beberapa aktiviti untuk menarik perhatian para pelancong:


1. Menjual barang-barang tradisional
2. Menyediakan permainan tradisional untuk para pelancong
3. Memperkenalkan kuih muih tradisional
4. Menyediakan perkhidmatan refleksologi tradisional

Teratak Seni Li Po Enterprise Sdn. Bhd.


Kami telah memilih Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah, Melaka sebagai rumah yang akan dipromosikan untuk tujuan kerja kursus ETR300.




Logo Syarikat Teratak Seni Li Po Enterprise Sdn. Bhd.






Syarikat ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 bagi memenuhi syarat kursus ETR300 UiTM Johor adalah gabung hasil kerjasama 5 orang ahli:



Dahlia Mohd Saleh


Nor Shafizah Mohd Taufik


Muhd Fakharuddin Kamari



Siti Nazlia Juri


Nik Nur Amalienna Nik Yusof Fauzi