Thursday 22 March 2012

Tangga Rumah Melayu Tradisional Melaka



Untuk pengetahuan anda, tangga rumah tradisional Melaka sememangnya terkenal dengan ciri - ciri binaannya yang diperbuat daripada batuan konkrit. Struktur tangga rumah tradisional Melaka ini bercirikan senibina dari Negara China dengan dihiasi oleh jubin - jubin yang berwarna - warni yang telah diimport dari Eropah seperti Holland dan Jepun. 
Penggunaan jubin - jubin yang berwarna - warni ini menampakkan pertembungan budaya Melayu, China dan Eropah. Oleh kerana itu, ciri - ciri inilah yang menjadi suatu identiti utama senibina Rumah Melayu Melaka. Pelbagai variasi tangga yang wujud dalam senibina ini dengan sentuhan tukang - tukang rumah yang mahir pada zaman tradisi. Tangga juga melambangkan status penghuninya pada suatu masa dahulu.















Lokasi Strategik Penarik Utama Pengunjung

Selain daripada tarikan utama yang terdapat di rumah warisan ariffin ali ini, ia juga mempunyai lokasi yang strategik di mana rumah tersebut terletak berdekatan dengan bandar raya melaka bersejarah. ini  juga dapat memudahkan para pelancong untuk berkunjung ke rumah ini kerana rumah warisan ariffin ali ini  terletak bersebelahan dengan jalan utama untuk menuju ke bandar melaka.




Jalan yang berlabel huruf A merupakan Melaka Sentral dan label huruf B adalah merupakan jalan untuk ke Rumah Traditional Melaka, Lorong Haji Ariffin Ali yang beralamat 4026-C Jalan Bukit Palah. 75150 Melaka.

Jadi kawasan ini akan menyenangkan lagi para pelancong untuk melawat ke Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah tanpa perlu rasa takut untuk sesat.

Rumah Melayu Melaka









Seperti yang kita tahu, reka bentuk rumah Melayu Melaka sememangnya unik dan mempunyai nilai identitinya yang tersendiri. Falsafah hidup masyarakat Melayu dan pegangan agama Islam yang jelas utuh terpancar dalam asas setiap pembinaan rumah ini. 

Fungsi ruang, nilai estetika pada ciri binaan dan motif ukiran adalah perlambangan cerminan jati diri masyarakat Melayu tradisi yang mementingkan kerja tangan yang halus dan teliti. 

Sebagai lambang sejarah dan warisan Negeri Melaka, rumah - rumah warisan Melaka masih dipelihara dengan baik hasil usaha banyak pihak terutamanya Kerajaan Negeri Melaka, PERZIM. Hasil tinggalan sejarah ini perlu dilestarikan agar tidak dipinggirkan dengan ledakan senibina moden yang lebih bersifat material dan futuristik.