Setiap rumah mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah. Hal ini kerana terdapat beberapa khazanah-khazanah menarik yang mampu menarik pelancong untuk berkunjung ke rumah ini. Selain itu, Rumah Warisan Ariffin Ali juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai 'Muzium Rumah Tradisional Melayu Melaka' dan dipelihara oleh PERZIM.
Monday, 27 February 2012
Monday, 13 February 2012
Seni Rumah Melayu Melaka menjadi tarikan pelancong
Melaka memang terkenal dengan seni bina rumah tradisional Melayunya. Ciri utama rumah tradisional Melayu Melaka ialah reka bentuk tangga batu yang indah, dihiasi jubin, dan memperlihatkan pengaruh seni bina Cina.
Bentuk bumbungnya yang panjang juga memperlihatkan pengaruh seni bina Bugis, Jambi, Riau dan Minangkabau.
Oleh itu, tidak hairanlah rumah tradisional Melayu Melaka adalah antara yang harus dilawati pelancong sekiranya berkunjung ke Melaka.
Dasar kerajaan negeri yang inginkan rumah-rumah tradisional Melayu dipelihara sebagai tarikan pelancong telah menggalakkan banyak rumah lama di negeri ini dikekalkan. Selepas persetujuan Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam, rumah itu dibaik pulih oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Hasilnya kini, rumah itu boleh dianggap sebagai 'Muzium Rumah Tradisional Melayu Melaka'.
Rumah sebelah milik Ariffin Ali, 71, juga tidak kurang hebatnya. Terdapat Gong yang menghiasi halaman rumah menyambut kedatangan pelawat.
Pemilik rumah ini pasti berbangga kerana rumahnya itu pernah dilawati oleh rombongan pemimpin - pemimpin kerajaan semasa Mesyuarat Ketua - Ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1989.
Menurut bapa kepada 10 orang anak itu, reka bentuk rumah itu dikekalkan supaya ia dapat ditatapi oleh generasi pada zaman akan datang.
Hiasan dalamannya yang sederhana tidak berlebih - lebihan pasti tidak akan merimaskan pengunjung yang menjejakkan kaki ke rumah ini. Bagi pemilik rumah ini berpendapat sudah tidak ada apa yang ditinggalkan untuk tatapan anak cucunya kecuali keindahan seni bina rumah tradisional Melayu Melaka.
Sunday, 12 February 2012
Aktiviti wajib khas untuk pelancong
Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah akan menjalankan beberapa aktiviti untuk menarik perhatian para pelancong:
1. Menjual barang-barang tradisional
2. Menyediakan permainan tradisional untuk para pelancong
3. Memperkenalkan kuih muih tradisional
4. Menyediakan perkhidmatan refleksologi tradisional
1. Menjual barang-barang tradisional
2. Menyediakan permainan tradisional untuk para pelancong
3. Memperkenalkan kuih muih tradisional
4. Menyediakan perkhidmatan refleksologi tradisional
Teratak Seni Li Po Enterprise Sdn. Bhd.
Kami telah memilih Rumah Warisan Ariffin Ali Bukit Palah, Melaka sebagai rumah yang akan dipromosikan untuk tujuan kerja kursus ETR300.
Logo Syarikat Teratak Seni Li Po Enterprise Sdn. Bhd.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 bagi memenuhi syarat kursus ETR300 UiTM Johor adalah gabung hasil kerjasama 5 orang ahli:
Dahlia Mohd Saleh
Nor Shafizah Mohd Taufik
Muhd Fakharuddin Kamari
Siti Nazlia Juri
Nik Nur Amalienna Nik Yusof Fauzi
Subscribe to:
Posts (Atom)